Wednesday, October 1, 2014

My Borneo Trip - Makanan dan Kek Lapis di Miri


Assalamualaikum semua.  Sepatutnya semalam saya upload entry ni tapi internet kat rumah lately ni problem sungguh. Sakit hati betul. Nak BW blog uols pun tak sempat. Insyaallah, malam2 saya buat kunjungan balas tau.  

Ok, kita mulakan dengan menu breakfast. Selain dari Mee Kolok di Cafe Awang Mahyan, kita boleh juga cuba breakfast Mee Jawa di Pulau Melayu.


Ni mee jawa biasa..RM4 sepinggan. Agak mahallah tapi rasanya sedap.


Ni pulak mee jawa special. RM5.50 rasanya. Sedap, not bad.


Pejabat Shell Miri. Dekat sini memang akan jumpa ramai orang2 Semenanjung. Sebabnya kebanyakan mereka bekerja dengan Shell dan juga Petronas. Kalau nak ke sini, cari Pulau Melayu dengan menggunakan waze, anda akan jumpa padang golf (Miri Golf Club), lepas tu akan nampak Marine Apartment dan SK Pulau Melayu di sebelah kiri. Nampak Jalan Pulau Melayu 1, pandang kiri. Ada 2 gerai di situ. Gerai ni yang sebelah belakang/dalam sikit.  Gerai ni buka sehingga pukul 12 tengahari je. Biasanya ramai yang datang utk breakfast. Cuba tau kalau ke Miri. Lain dari yang lain mee jawanya. 
  

Tengahari kita boleh makan di Restoran Muara yang terkenal dengan Lalapannya. Terletak di Waterfront Commercial Centre.


Nasi lalapan ayam macam ayam penyet je kan..tapi lain sikitlah. Harga RM9.


Nasi Lalapan Empel (daging). Pendapat saya nasi lalapan ayam lebih sedap dari daging. Boleh juga cuba ikan bawal atau ikan lele (keli).


3 layer tea..guna gula apong pandan. Sedap.


Selang beberapa kedai dari Restoran Muara tu ada kedai kek lapis Siti Payung ni.


Kat sini lah kami beli kek lapis. Sedap. Lagipun kat Miri ni susah sikit cari kek lapis. Kalau kat Kuching tu merata ada. Harga 1 roll dalam RM18-20 kot. Boleh rasa dulu then decide nak beli perasa yang mana.


Ni lah sungai yang terdapat kat waterfront tu. Hati2 ada buaya.


Boleh juga ke Pasar Malam Saberkas. Dibuka setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kat sini memang banyak makanan je. Kami beli 'Sayap Manok' atau kepak ayam. Not bad. Adalah beli food lain macam nasi goreng dan sebagainya. Oklah, esok kita cerita di mana saya menginap semasa di Miri. Eh..esok last entry lah..yeay!


9 comments:

Salam perkenalan kak dee :) seronoknya.. saya belum pernah sampai sarawak, sabah pun belum.. 3 layer tea tu sedapnya,, feveret saya tu ^_^
 
nasi lalapan empel daging tu skit sgt...best jln3 tgk tmpt org
 
dulu selalu mengular kat kedai mee jawa pulau melayu tu .. mmg sedap sangat mee jawa kat situ
 
nampak sedap mee jawa tu, tak sangka ada di jual di Miri ya sis... :)
 
seronok nyer kak..suka sgt cerita pasal miri nie..lagi-lagi ade buaya!
 
Dee, Kc pun baru makan Nasi Lalapan minggu lepas kat Restoran yang sama. Lalu gak kat Siti Payung tapi kitorang beli kek lapis kat Airport kuching. RM10 .. murah je Dee
 
sedap nampak mee jawa tu
rasanya harga RM4 tu memang standard harga zaman ni :)
 
Daging tu nampak macam keras je Dee.
 
nampak sodap mee jawa tuh kak, spesel ada tulur mata ek, perkh

namanyer ayam lalapan sbb banyak ulam ek, yg ayam mmg nmpak lg sedap, yg daging tuh nampak mcm koras hehehe

sedapnyer mee lapis2... i like